Posts

Showing posts from December, 2015

PENUTUPAN SEMENTARA PERKHIDMATAN RANGKAIAN DAN SISTEM-SISTEM UNIVERSITI

Adalah dimaklumkan bahawa pihak Fasiliti akan melakukan kerja-kerja pembersihan kabel elektrik di Bilik Server lama, Pejabat Teknologi Maklumat, Aras 6, Menara SAAS, Sepanjang kerja-kerja ini dijalankan, punca kuasa elektrik ke kawasan terlibat akan dimatikan. Untuk menjamin keselamatan perkakasan, perisian dan data, pihak Pejabat Teknologi Maklumat perlu penutup semua peralatan rangkaian dan server yang berada di aras yang sama. Waktu penutupan adalah seperti berikut :
Mula : 23 Disember 2015 jam 5.30 petang
Akhir : 26 Disember 2015 jam 8.00 pagi
Perkhidmatan yang terjejas sepanjang penutupan :
1. Perkhidmatan rangkaian seluruh UiTM
2. Semua sistem-sistem universiti, antaranya :
Sistem Maklumat Staf dan Staff Portal (STARS)
SIMS - Sistem Pengambilan Pelajar
SIMS - Sistem Akademik
SIMS - Sistem Hal Ehwal Pelajar
Sistem Student Portal
Sistem Integrasi
Sistem Pengurusan Kampus INTEC (CMS)
Sistem Maklumat Fasiliti (FMS)
Sistem Maklumat Penerbitan (PRISMa)
Sistem Pengurusan Akademik (AIMS)
Sistem Kewa…

KERTAS SOALAN PEPERIKSAAN SESI SEPTEMBER 2015

Image
Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk. 2. Untuk makluman, Bahagian Pembangunan Sumber Digital, Jabatan Pembangunan Repositori Institusi Universiti, PTAR telah selesai memuatnaik Kertas Soalan Peperiksaan Sesi September 2015 sebanyak 741 kod kursus dari Bahagian Hal Ehwal Peperiksaan UiTM. Sekian, terima kasih.
http://eqps.ptar.uitm.edu.my:8080/eqps/

Gotong royong Perdana UiTM 2015

Image
Dimaklumkan bahawa pada tahun ini UiTM sekali lagi akan menganjurkan Program Gotong-Royong Perdana. Sebagaimana penganjuran pada tahun 2014, program ini akan diadakan serentak di semua kampus UiTM seluruh Malaysia. Majlis pelancaran akan diadakan di UiTM Kampus Puncak Alam mengikut ketetapan berikut: Tarikh : 3 Disember 2015 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Serbaguna, Kampus UiTM Puncak Alam Selangor. Sehubungan itu, semua PTJ/kampus turut bersama dalam program ini dengan mengadakan program gotong-royong secara serentak selepas acara pelancaran yang akan disempurnakan oleh Y Bhg Tan Sri Naib Canselor. 'Live streaming' akan diadakan bagi membolehkan majlis pelancaran ini disaksikan di semua PTJ/kampus cawangan. LIVE STREAMING