Posts

Showing posts from March, 2015

Earth Hour 2015 @ UiTM

Image
Warga UiTM yang dihormati.

Pada hari Sabtu 28 Mac 2015jam 8:30 malam,  seluruh manusia di bumi ini layak untuk mengundi dan diseru untuk mengundi untuk memilih samada bumi atau pemanasan global. Ini merupakan lakaran sejarah, seluruh umat sejagat di semua peringkat umur, kerakyatan, bangsa, latarbelakang mempunyai peluang untuk menggunakan suis lampu sebagai undi mereka. Memadamkan lampu adalah undi kepada bumi manakala membiarkan lampu menyala adalah undi kepada pemanasan global.

Melalui Kempen Earth Hour, kita semua boleh berperanan untuk memadamkan suis lampu atau kelengkapan elektrik bagi tempoh sejam. Ini bertujuan meningkatkan kesedaran perlunya tindakan segera diambil dalam menghadapi perubahan iklim dunia.


Tutup Lampu Anda, Selamatkan Bumi Kita

Ekspo Selangkah ke UiTM 2015

Image
Sukacita dimaklumkan PTAR (Booth D7) akan berada di Ekspo Selangkah ke UiTM 2015 pada 14 - 15 Mac 2015, bertempat di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM Shah Alam.Program ini bertujuan memberi pendedahan dan menyalurkan maklumat terkini mengenai program-program yang ditawarkan kepada orang ramai terutamanya calon-calon lepasan SPM, STPM dan Matrikulasi dalam membuat pilihan yang tepat dan sesuai berdasarkan keputusan yang diperolehi. Ekspo Selangkah ke UiTM juga memberi ruang kepada bakal calon bagi mengetahui secara keseluruhan program pilihan mereka dengan lebih teliti kerana sepanjang ekspo berlangsung, pensyarah dan staf yang terlibat akan memberi penerangan tentang program-program pilihan calon.

Booth PTAR akan memberi penerangan dan informasi kepada pengunjung berkenaan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh Perpustakaan sebagai gedung Ilmu yang menyokong pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan di Universiti. Selain itu, PTAR juga akan memperkenalkan bidang Kepustakawanan…

Makluman Perisian SPSS 22

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....
Di sini kami ingin memaklumkan Perisian SPSS 22 telah tamat tempoh. Pihak Infotech sedang dalam proses memperbaharui lesen tersebut.
Sekian Terima Kasih.

Kadar Bayaran Baharu Perkhidmatan Printing Pusat IT PKEJ

Image