Posts

Showing posts from January, 2012

Makluman ibu mertua staf PTAR 3 kembali ke rahmatullah

Image
Pada 18hb. Januari 2012 (Rabu), berita pemergian ibu mertua kepada En. Mohd Zaini Md Yusof telah dimaklumkan pada awal pagi tadi dan kami staf PTAR 3 di sini mendoakan agar arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah. 

Makluman ibu staf PTAR 3 kembali ke rahmatullah

Image
Pada 17hb. Januari 2012 (Selasa), khabar menyedihkan di mana ibu kepada Cik Fadzilah Mohamad Ali telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 11.00 pagi. Lebih kurang jam 12.00 tengah hari, kami beberapa staf PTAR 3 berangkat bersama Cik Fadzilah untuk menemani beliau dan dalam masa yang sama menziarahi terataknya yang terletak di Ayer Hitam Johor. 
Alhamdulillah perjalanan yang memakan masa selama 3 jam tiba juga akhirnya dan beliau sempat menatap wajah ibunya sebelum dikebumikan. Kami di sini dapat melihat betapa bersih dan berserinya wajah arwah tika dikafankan. Cuaca panas tetapi hujan gerimis turun tatkala arwah dikafankan dan disolatkan. Jenazah diangkat lalu diusung keluar masuk ke dalam van jenazah untuk dikebumikan di tanah perkuburan berdekatan. 
Pihak staf PTAR 3 mengucapkan takziah kepada Cik Fadzilah Mohamad Ali dan diharap beliau tabah, sabar dan redha dengan pemergian ibunya. Setiap yang hidup di dunia ini pasti akan menemui Sang Penciptanya. Tiada yang kekal di muka bumi i…

Maklumat Pelantikan Baru - KETUA PUSTAKAWAN UiTM

Image
Sukacita dimaklumkan bahawa En. Noor Hidayat Bin Adnan telah dilantik sebagai Ketua Pustakawan UiTM berkuatkuasa 10 Disember 2011. Semoga Perpustakaan UiTM akan terus cemerlang, gemilang dan terbilang hendaknya. Amin =)