Posts

Showing posts from November, 2011

Perjumpaan bersama Pemangku Ketua Pustakawan

Pada 23hb. November, 2011 (Rabu) telah diadakan satu perjumpaan khas di antara PMK dan Pembantu Perpustakaan keseluruhan bagi memperbincangkan mengenai perkhidmatan 12 tengah malam yang akan beroperasi di kesemua perpustakaan bermula 5hb. Disember, 2011.

Perjumpaan diadakan di Bilik Seminar bermula jam 2.30 petang.

Semoga dengan perjumpaan ini memberi makluman yang lebih jelas mengenai perkhidmatan yang akan beroperasi nanti.

Mesyuarat Bajet & Audit Perjawatan JPP

Pada 22hb. November 2011 (Selasa) telah diadakan mesyuarat di PTAR 2 di antara Jabatan Pelanggan & Bahagian Perpustakaan Fakulti bagi membincangkan mengenai perjawatan setiap bahagian dan juga mengenai perkara lain seperti bahan yang ditukar lokasi, projek stock take, kotak smiley, perkhidmatan 12 tengah malam dan lain-lain isu yang berkaitan.
Alhamdulillah segala perkara dapat dibincang dan dipersetujui bersama.

Kursus anjuran Jabatan Pengurusan Pelanggan

Image
Pada 14 & 15hb. November 2011 (Isnin & Selasa) telah diadakan Kursus "Pemerkasaan Promosi & Pemasaran Perkhidmatan Perpustakaan Dalam Memberi Impak Kepada Kepuasan Pelanggan" anjuran Jabatan Pengurusan Pelanggan bertempat di Auditorium PTAR 2, UiTM Shah Alam.

Matlamat kursus ini adalah untuk memperkasakan kemahiran pengurusan promosi serta pemasaran dalam kalangan staf perpustakaan agar ekspektasi pelanggan difahami dan dipenuhi.

Para peserta adalah sebanyak 60 orang meliputi cawangan Shah Alam dan juga di semua cawangan negeri yang lain di mana fokus utama adalah lebih kepada staf profesional dan separa professional.

Penceramah Undangan iaitu :
1. Dr. Nor Edzan Che Nasir - Ketua Pustakawan Universiti Malaya
2. PM Dr. Maznah Che Ghazali - Pensyarah Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM
3. Pn. Siti Salbiah Raduan - Head of Knowledge Management Centre - International Centre for Education  in Islamic Finance (INCEIF)

Alhamdulillah, kursus berjalan dengan lancar dan …

Mesyuarat PTAR 3 bilangan 2/2011

Pada 11hb. November 2011 (Jumaat), Mesyuarat PTAR 3 telah diadakan bermula jam 9.30 pagi hingga 12.00 tengah hari bertempat di Bilik Mesyuarat PTAR 3 bagi membincangkan mengenai senarai tugas masing-masing untuk tujuan penambahbaikan.
Selain itu, makluman terkini mengenai pemakaian 'blazer' di kaunter pada masa akan datang diwarwarkan kepada semua staf PTAR 3. Selain itu, isu-isu lain mengenai perkhidmatan, sistem, shift, projek dan masalah lain turut diperbincangkan bersama. 
Alhamdulillah, semua senarai tugas setiap staf dapat dikemaskini dan dipersetujui bersama dan segala isu serta masalah dapat diselesaikan.

Mesyuarat Jawatankuasa Kursus Pemerkasaan Promosi dan Pemasaran Perpustakaan

Pada 10 November 2011 (Khamis) diadakan Mesyuarat Jabatan Pengurusan Pelanggan bersama Pustakawan Fakulti yang bertempat di Bilik Mesyuarat PTAR 2 bertujuan untuk melihat perkembangan dan persediaan setiap AJK sebelum menjelang hari kursus nanti.

Alhamdulillah setiap AJK yang dilantik telah membentangkan tugasan masing-masing dan diharap agar kursus ini dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Selesai perbincangan kursus, terdapat beberapa perbincangan dilakukan.

Perbincangan sumbangan ikhlas diputuskan sebanyak RM100 jika di antara staf yang menghadapi musibah.

Selain itu, aktiviti akhir tahun Jabatan Pelanggan untuk jamuan makan di luar turut diperbincangkan bersama bertujuan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara satu sama lain.

Majlis Polemik Sejarah Malaysia Sesi Ke-25

Image
Pada 10 hb. November 2011 (Khamis), 2 orang Pustakawan PTAR 3 iaitu Cik Nor Hafizah Md. Hanafiah & Puan Nor Azwani Mohamad diwakilkan untuk menghadiri Majlis Polemik Sejarah Malaysia Sesi Ke-25 di Auditorium Wisam Warisan, Arkib Negara Malaysia, Jalan Duta, KL bermula jam 8.30 pagi.

Tema untuk forum kali ini adalah "Petempatan dan Kerajaan Awal Malaysia Sebelum 1400M" yang dibentangkan oleh 3 orang pakar sejarah bagi membincangkan mengenai kajian, penemuan dan penulisan mereka dalam pelbagai perkara yang berkaitan sejarah negara. Sesi soal jawab turut diadakan bagi mendapatkan penambahan maklumat serta penerangan lanjut berkaitan tajuk/tema yang dibincangkan.

Majlis tamat pada jam 12.30 tengah hari dan bersurai.

Mesyuarat Bajet Perjawatan 2011 JPP

Pada 9hb. November 2011 (Rabu), Mesyuarat Bajet Perjawatan Jabatan Pengurusan Pelanggan telah diadakan di Bilik Seminar PTAR 1 pada jam 2.30 petang bersama Pustakawan Fakulti bertujuan untuk membincangkan jumlah peruntukan jawatan staf di bahagian/unit masing-masing.

Mesyuarat Audit Perjawatan akan diadakan pada 22hb. November 2011 (Selasa) di PTAR 2 untuk proses perbincangan perjawatan di bahagian masing-masing.

Perbincangan Laporan Lawatan Penanda arasan UM & UPM

Pada 3 hb. November 2011 (Khamis) jam 10.00 pagi telah diadakan sedikit perbincangan bersama Pustakawan Fakulti mengenai lawatan penanda arasan yang telah dilakukan di UM & UPM bertempat di Bilik Mesyuarat PTAR 3.

Maklumat seperti perkhidmatan yang disediakan di perpustakaan UM & UPM dilihat dan diperbincangkan bersama dan jika bersesuaian akan dilaksanakan di perpustakaan UiTM di masa akan datang.

Alhamdulillah maklumat tersebut dapat dikumpul dan dimasukkan ke dalam laporan untuk tujuan perlaksanaan perkhidmatan di masa akan datang. Insya-Allah.