Posts

Showing posts from October, 2011

Perbincangan bersama Pembekal IET Inspect Direct

Image
Pada 14hb. Oktober 2011, pihak pembekal IET Inspect Direct berkunjung ke UiTM untuk sesi perbincangan bersama Timbalan Dekan Fakulti Kejuruteraan Elektrik, UiTM Shah Alam iaitu Datin Assc. Prof. Dr. Wahidah Mansor
Tujuan diadakan sesi perbincangan adalah bagi membincangkan mengenai isu penggunaan Pangkalan Data IET Inspect Direct yang sangat rendah dan pihak perpustakaan perlu melihat perkara ini sebelum urusan pembaharuan langganan dilakukan ke atas pangkalan data ini. 





Justeru, sesi ini diadakan dan dibincangkan bersama 3 wakil iaitu dari Pembekal IET Inspect Direct, PTAR 3 dan Fakulti Kejuruteraan Elektrik. 
Keputusan telah diambil bahawa pembaharuan langganan akan dilakukan dan promosi terhadap pangkalan data ini akan dilakukan dengan lebih berkesan bagi meningkatkan penggunaan IET Inspect Direct di UiTM Shah Alam. Selain itu, kampus kejuruteraan akan diperluaskan langganan dan ini dapat membantu pengguna lain mengakses bahan maklumat di samping meningkatkan penggunaan IET.

Koleksi Tesis FKM@Annexe PTAR 3

Image
Pada 23hb. Oktober 2011 (Khamis), pihak PTAR 3 telah mula menghantar bahan-bahan tesis yang sebelum ini telah dihantar di PTAR 3 ke Annexe PTAR 3, Aras 6 untuk tujuan rujukan para pelajar.




Para pelajar kejuruteraan boleh merujuk bahan tesis di Annexe PTAR 3 dan hanya untuk rujukan dalaman sahaja. Semoga ianya sedikit sebanyak membantu pengguna dalam menyiapkan tugasan yang diberikan.

Majlis Penutup Hari Mesra PTAR 2

Pada 12hb. Oktober 2011 (Rabu) telah diadakan Majlis Penutup Hari Mesra PTAR 2011 dan telah rasminya ditutup oleh Pemangku Ketua Pustakawan, En. Noor Hidayat Adnan pada kira-kira jam 3.00 petang di Dewan Auditorium PTAR 2.

Tayangan multimedia sepanjang program Hari Mesra PTAR 2011 dijalankan bermula dari PTAR 1, PTAR FSPU, PTAR Jalan Othman, PTAR 3 & PTAR 4 dan akhir sekali di PTAR 2 dipancarkan untuk tontonan semua yang hadir. 
Acara penyampaian hadiah bagi Slogan Kreatif diumumkan pemenang dari tempat ketiga, kedua dan johan. Johan bagi Peraduan Slogan Kreatif dimenangi oleh pelajar daripada Fakulti Komunikasi & Pengajian Media. Tahniah diucapkan kepada pelajar tersebut.
Sesi penutup berakhir dengan sedikit jamuan petang.
Semoga program Hari Mesra PTAR akan terus mendapat hati di kalangan semua pelanggan sekaligus mempromosikan kemudahan PTAR dalam usaha mencapai kecemerlangan di masa akan datang.

Mesyuarat Penutup Audit Dalam Bil.02/2011

Alhamdulillah.. akhirnya selesai sudah audit dalam bagi bil.02/2011 untuk tahun ini. Majlis penutup ini diadakan pada 7hb. Oktober, 2011 bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada 11 pagi di Bilik Seminar, PTAR 1. 
TKSA, Pn. Mariah memberi penerangan mengenai penemuan hasil audit dalam bil.02/2011 mengikut lokasi yang diaudit. Antara jabatan dan perpustakaa fakulti yang terlibat adalah JPM, JPP, JPJPD, JPSP, JPSTM, JPSI, PTAR 3 dan PTAR Kampus Puncak Alam. 
Majoriti mendapati terdapat sebahagian kecil RC dan sebahagian besar SFi dan juga beberapa makluman. Dapat dilihat kebanyakkan penemuan lebih kepada urusan harian kerja dan perkhidmatan yang diberikan. Semoga penemuan tersebut dapat ditambahbaik dan dilaksanakan dengan baik tanpa sebarang masalah. 

Mesyuarat Jabatan Pengurusan Pelanggan

Image
Pada 6hb. Oktober, 2011 (Khamis), telah diadakan Mesyuarat Jabatan Pengurusan Pelanggan (JPP) di Bilik Mesyuarat PTAR 1 bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang bagi membincangkan isu-isu berbangkit dan informasi terkini yang dipengerusikan oleh Pn. Roslina Mohamad Ali. (Timbalan Ketua Pustakawan). 
Sebelum perbincangan lanjut di antara semua Pustakawan Fakulti yang hadir, minit mesyuarat dilihat bersama dan diberi tindakan sewajarnya oleh pegawai yang terlibat.
Isu-isu dimaklumkan oleh pihak pengerusi dan antara khabar gembira adalah PTAR 3 akan diberi seorang staf dari INTEC dan penambahan staf ini sekaligus membantu staf PTAR 3 yang lain dalam usaha memberi perkhidmatan di PTAR 3 yang kini telah dilanjutkan sehingga jam 12 tengah malam. 
Di akhir majlis, sesi pemberian hadiah disampaikan oleh pengerusi kepada pegawai yang mendapat cahaya mata. Tahniah di atas kelahiran cahaya mata :)

Audit Dalam Bil.02/2011 di PTAR 3

Image
Pada 4hb. Oktober 2011 (Selasa), jam 10.00 pagi  telah bermula audit di PTAR 3 bertempat di Bilik Mesyuarat. Pada kali ini, 2 orang auditor iaitu En. Amiri dan Norazlin dilantik untuk membuat audit dalam dan auditee PTAR 3 ialah Pn. Adlina Abdullah dan Cik Nor Hafizah Md. Hanafiah. En.Katmidi Mejo juga bersama dengan pihak auditor dan auditee dalam membantu proses pertanyaan.
Sesi audit kali ini memakan masa agak lama dan bersambung pada waktu petang. Tapi dapat dilihat di sini, segala aspek disoal dan ini sebenarnya banyak membantu dalam proses penambahbaikan perkhidmatan perpustakaan. 
Diharap selepas ini, penambahbaikan terhadap teguran dan cadangan bersama auditor dan auditee dapat dijalankan dan dilaksana dengan baik dan berkesan. Mudah-mudahan...

Hari Mesra PTAR 3 & PTAR 4 2011

Image
Pada 27 & 28 hb. September 2011 yang lepas, telah diadakan program Hari Mesra PTAR 3 & PTAR 4 2011 yang telah bertempat di Foyer Menara S&T dan PTAR 3 & PTAR 4 yang bertemakan "Gemilang Siswa" :)
Alhamdulillah aktiviti yang dirancang berjalan dengan baik dan lancar...
Terima kasih tidak terhingga kepada semua AJK Hari Mesra PTAR 3 & PTAR 4 yang telah bertungkus lumus membuat pelbagai persiapan bagi memastikan acara yang diadakan berjalan mengikut perancangan...
Okla jom layan gambar aktiviti sepanjang Program Hari Mesra PTAR 3 & PTAR 4 yang dijalankan...







ANTARA BARISAN AJK HMP PTAR 3 & PTAR 4 2011

TERIMA KASIH SEMUA :)