Posts

Showing posts from September, 2011

Kelas Kemahiran Maklumat@PTAR3

Image
Bermula pada 15hb. September 2011, Kelas Kemahiran Maklumat telah dijalankan mengikut permintaan pelajar dan pensyarah.
Pada semester ini, tahap kesedaran pencarian maklumat semakin meningkat dan didapati permintaan terhadap Kelas Kemahiran Maklumat juga meningkat.
Pada bulan September sahaja, 7 sesi telah dilakukan dengan jumlah sebanyak 121 orang. Rata-rata pelajar Fakulti Kejuruteraan adalah daripada Kejuruteraan Awam, Elektrik dan Kimia. 
Promosi terhadap Kelas Kemahiran Maklumat sentiasa dilakukan dan kali ini staf Pembantu Perpustakaan juga memberi taklimat semasa kelas dijalankan. Lokasi kelas dilakukan di Pusat IT Fakulti, Bilik Mesyuarat PTAR 3 dan juga Pusat IT PTAR 3 sendiri. Selesai kelas, sesi lawatan di PTAR 3 turut dilakukan kepada pelajar semester baru. 
Setiap fakulti diwakili oleh staf tertentu dan diketuai oleh pegawai untuk membantu para pengguna dalam pencarian maklumat. 
"Library Representative" telah diwujudkan di perpustakaan fakulti dan dapat dilihat semu…

Orientasi Perpustakaan@PTAR 3

Image
Pada 13 September 2011 yang lepas, telah bermula Sesi Orientasi Perpustakaan untuk pelajar Fakulti Kejuruteraan (Awam, Elektrik, Kimia & Mekanikal).
Seperti biasa, staf PTAR 3 diwakili Pn. Adlina Abdullah & Cik Nor Hafizah Md. Hanafiah dan dibantu oleh staf Pembantu Perpustakaan telah pun memberi taklimat ringkas di Dewan Kuliah mengikut jadual yang ditetapkan. 
Alhamdulillah, orientasi perpustakaan dapat dijalankan dengan baik dan lancar dan maklumbalas daripada pelajar sangat memberangsangkan. Sejurus selepas orientasi selesai, pelajar dibawa sendiri ke PTAR 3 untuk melihat kemudahan yang disediakan. 






Jamuan Raya PTAR 2011

Image
Pada 26hb. September 2011, Jamuan Raya PTAR 2011 telah diadakan di Ruang Legar Aras 1, PTAR 1 bermula jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang.

Semua staf PTAR diundang ke majlis ini dan setiap bahagian menyediakan juadah raya dengan pelbagai jenis makanan.

Jom ke Hari Mesra PTAR 3 & PTAR 4 2011

Image
Kepada semua Warga UiTM Shah Alam... Anda semua dijemput hadir ke program yang dianjurkan oleh PTAR 3 & PTAR 4...
bertempat di Foyer Menara Sains & Teknologi, PTAR 3 & PTAR 4, UiTM Shah Alam pada 27hb. & 28hb. September 2011(Selasa & Rabu) bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang
Jadi...
Ayuh sama-sama kita memeriahkan Hari Mesra PTAR 3 & PTAR 4 2011 pada tahun ini yang bertemakan GEMILANG SISWA.. 
Pelbagai HADIAH MENARIK menanti anda... Pelbagai AKTIVITI MENARIK diadakan khas untuk anda semua... Ada CERAMAH, KLINIK & DEMO pada hari tersebut...  Ada bermacam jenis GERAI & BOOTH disediakan untuk para pengunjung..  MAKE OVER dari Avon pun ada..  Paling BEST.. CABUTAN BERTUAH untuk anda.. 
Jadi jangan lupa datang... 

MAJLIS SUA RAYA UiTM 2011

Jom pakat ramai2 kita datang ke Jamuan Raya UiTM ^_^
MAJLIS SUA RAYA  UiTM 2011
“RAYA ANAK MALAYSIA”
Tarikh: 23 September 2011 (Jumaat)                    bersamaan 25 Syawal 1432 Hijrah Masa: 3.00 Petang Tempat: Padang Kawad, UiTM Shah Alam
TENTATIF PROGRAM
2.45 petang
: Ketibaan Naib Canselor & Isteri sebagai tuan rumah : Ketibaan Pengurusan Kanan UiTM : Ketibaan Warga UiTM & Jemputan : Bacaan Doa : Ucapan Aluan oleh Naib Canselor : Perasmian “ Sua Raya UiTM 2011” oleh Naib Canselor  : Persembahan Band (Merbok Art & Design Stromperz) daripada UiTM   Cawangan Kedah
3.30 petang
: Jamuan makan  : Lawatan ke gerai-gerai oleh Naib Canselor & YBhg Datin & Para Tetamu   VVIP/VIP : Persembahan  (Pejabat Pendaftar, Pejabat Bendahari, Pengurusan Fasiliti, Fakulti Senibina Perancangan & Ukur, Fakulti Kejuruteraan Awam  dan Fakulti Muzik) : Cabutan Bertuah : Upacara penyampaian Anugerah Kecemerlangan Akademik oleh YDP    PEWANI – YBhg. Datin : Upacara penyampaian hadiah oleh YBhg Datin untuk pe…

Lawatan Penandaarasan di Perpustakaan UM

Image
Pada 20hb. September, 2011 (Selasa), wakil Pustakawan dari setiap bahagian telah menyertai lawatan ini bertujuan berkongsi sumber ilmu maklumat di perpustakaan tersebut dan juga dalam masa yang sama untuk meningkatkan mutu  perkhidmatan perpustakaan UiTM. 
Penyertaan ini turut disertai Pemangku Ketua Pustakawan, PTAR iaitu En. Noor Hidayat Adnan dan beberapa Timbalan Ketua Pustakawan yang lain termasuk Ketua Jabatan Pelanggan iaitu Pn. Roslina Mohamad Ali.
Sesi taklimat dimulakan terlebih dahulu dan seterusnya lawatan mengikut bahagian masing-masing. Antara yang menarik yang dapat dilihat di sini ialah :
1. Mewujudkan zon-zon tertentu untuk mengawal pengguna yang berada di dalam perpustakaan. 




2. Menyediakan kerusi khas untuk pengguna istimewa.

3. Mewujudkan printer wireless untuk kemudahan pengguna dan juga mempromosikan perkhidmatan.



4. Mempamerkan bidang-bidang, aras tertentu dan petunjuk untuk kemudahan pencarian bahan.


5. Menyediakan perkhidmatan water cooler kepada pengguna.


6. Maklum…

Mesyuarat Hari Mesra PTAR 3 & 4 bersama MPP - Bil.02

Image
Pada 14hb. September 2011 (Rabu), jam 10.30 pagi bertempat di Pusat IT, PTAR 3 telah diadakan mesyuarat kali kedua di antara AJK Hari Mesra PTAR 3 & PTAR 4 2011 dengan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) setiap fakulti (Kejuruteraan, Perubatan, Pergigian, Sains Komputer & Sains Sukan) bagi membincangkan persediaan Program Hari Mesra PTAR 3 & PTAR 4 2011 yang bakal diadakan dalam masa terdekat ini.


Perbincangan dipengerusikan oleh Pn. Adlina Abdullah dan dibantu oleh Pn. Masnida Hanim Che Mahmood. Antar perkara yang diperbincangkan bersama adalah mengenai promosi program ini kepada semua pelajar UiTM dan tugasan yang perlu dilaksanakan oleh MPP. Selain itu, layout kawasan yang terkini dibentangkan bersama. Aktiviti program yang terkini dimakumkan dan akhir sekali menjemput semua MPP untuk hadir memeriahkan Jamuan Hari Raya PTAR 3 & PTAR 4 2011 yang akan diadakan pada hari kedua nanti. 
Mudah-mudahan Program Hari Mesra PTAR 3 & PTAR 4 2011 akan berjalan dengan lancar. Amin

Perbincangan bersama Ketua Biro HMP

Image
Pada 9 September 2011 (Jumaat) bertempat di Bilik Mesyuarat PTAR 3, telah diadakan satu perbincangan kecil bersama-sama dengan Ketua-ketua Biro Hari Mesra PTAR 3 & PTAR 4 2011 yang bakal diadakan tidak lama lagi iaitu pada hujung bulan ini. 
Tujuan perbincangan diadakan adalah untuk melihat persediaan masing-masing dan juga memperbincangkan mengenai penambahan booth dan peralatan lain seperti meja memandangkan terdapat beberapa penambahan pembekal dan lain-lain.  

Selain itu aktiviti-aktiviti program, poster, flyers dan kupon mengikut booth turut diperbincangkan bersama sebelum proses cetakan dilakukan. 2 tajaan lain berjaya diperolehi seperti minuman Dutch Lady dan Roti Bun Sweetie. 
Diharapkan segala perancangan dan persiapan berjalan dengan lancar. 

PROMOSI KELAS KEMAHIRAN MAKLUMAT

Image
Salam Aidilfitri semua,
Menjelang kemasukan semester baru -- Sesi 1 (September 2011 - Januari 2012), pihak PTAR 3 akan mengadakan Program Orientasi & Kelas Kemahiran Maklumat sepanjang semester ini.
Di sini kami ada melampirkan Promosi Kelas Kemahiran Maklumat PTAR 3 untuk makluman semua pengguna.  

Klik pada gambar tersebut untuk imej yang lebih besar

Perkhidmatan penggunaan "Air-Cooling" di PTAR 3

Image
Untuk sementara waktu bermula pada minggu ini, Bahagian Fasiliti UiTM telah memberikan 3 set 'air-cooling' untuk diletakkan di setiap aras PTAR 3 memandangkan permasalahan air-cond yang berlaku di bangunan Menara S&T UiTM.


Insya-Allah, pada minggu hadapan kemungkinan besar perkhidmatan air-cond di semua bangunan Menara S&T akan dapat beroperasi seperti biasa.

Perbincangan bersama Bahagian Fasiliti PTAR

Image
Pada 7 September 2011 (Rabu), Pihak Bahagian Fasiliti PTAR diwakili oleh En. Azhar Sulaiman & En. Muhamad Afnan Ismail telah datang ke PTAR 3 bagi membincangkan mengenai perancangan Learning Commons yang melibatkan peralatan yang sesuai dan juga masalah plug point. Lawatan tapak dibuat bagi melihat peralatan yang sesuai dan keadaan sekeliling di PTAR 3.

isteri dan ibu staf PTAR 3 sakit

Salam Tuan / Puan

Staf PTAR 3 dan PTAR 4 bersama Puan Roslina Mohamad Ali (TKP JPPL), Puan Rohana Mat Noor (TKP BPB) dan juga beberapa orang Pustakawan yang lain berkesempatan melawat isteri kepada En. Katmidi Mejo (Pembantu Perpustakaan Tertinggi) yang sedang sakit di rumahnya di Seksyen 19 pada pagi ini. Marilah sama -sama kita mendoakan agar isteri En. Katmidi cepat sembuh dan sihat seperti sediakala.
Untuk makluman semua, ibu kepada Cik Fadzilah Mohd Ali (Pembantu Perpustakaan) juga tidak sihat. Sama-samalah kita memohon kepada Allah s.w.t agar disembuhkan penyakit dengan izin-Nya. Amin
“Ya Allah! Hilangkanlah penyakitnya, wahai Tuhan bagi manusia sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada sembuhan melainkan sembuhan dariMu jua, sesuatu sembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit”. (Riwayat at-Tirmizi)