Taklimat PMK Ketua Pustakawan sesi-2

Pada 5hb. Ogos 2011 (Jumaat) telah diadakan Taklimat Pemangku Ketua Pustakawan bersama-sama staf sokongan PTAR. Tujuan diadakan taklimat ini adalah bertujuan untuk mengutarakan isu-isu berkaitan pengurusan PTAR dan juga memberi semangat budaya kerja cemerlang kepada staf.
Terdapat empat (4) skop yang dibincangkan dalam Skop Pengurusan iaitu:

A.     Pengurusan UiTM & PTAR

-          Penjelasan mengenai jawatan Pemangku Ketua Pustakawan.
-          Kemungkinan PTAR akan dibuka 24 jam. Percubaan 1 bulan di jalankan pada perpustakaan fakulti untuk mengambil data-data dan sambutan dari pelanggan.
-          Bekerja dalam satu pasukan hapuskan fitnah, iri hati dan khianat.

B.      Fokus Utama PTAR 2011

1)      Perancangan Strategik PTAR 2011-2015
-          Transformasi dan Inovasi
§  Transformasi proses dalaman PTAR
§  Transformasi Perkhidmatan PTAR

2)      NAZIRAN (Audit) Perjawatan 2011
-          Maksud NAZIRAN:
Aktiviti memeriksa dan memantau tahap penggunaan gunatenaga sector awam, pemakaian skim perkhidmatan dan tahap pemantauan terhadap struktur organisasi yang telah ditetapkan.

C.      Perintah AM & Pekeliling Perkhidmatan

1)      BAB C (Cuti)
-          MC/ Cuti Sakit mestilah tidak melebihi 45 hari setahun

2)      BAB G (Kerja lebih masa)
-          Waktu bekerja lebih masa hendaklah berpatutan dan melakukan kerja lebih masa jika perlu sahaja.

D.     Budaya Kerja Cemerlang

Leader is a culture builder…
-          Budaya Perdana UiTM
-          Bekerja dalam satu pasukan

Comments

Popular posts from this blog