Mesyuarat Hari Mesra PTAR 3 & PTAR 4 2011 bersama Pemangku Ketua Pustakawan

Pada 5hb. Ogos, 2011 (Jumaat) jam 3.00 petang, telah diadakan Mesyuarat Hari Mesra PTAR 3 & PTAR 4 2011 bersama Pemangku Ketua Pustakawan, En. Noor Hidayat Adnan dihadiri oleh semua Ketua Biro bagi membentangkan perjalanan Hari Mesra PTAR 3 & PTAR 4 yang bakal diadakan pada 27hb. hingga 28hb. September 2011. Penasihat Hari Mesra PTAR iaitu Pn. Roslina juga turut hadir dalam mesyuarat ini. 

Pembentangan utama dilakukan oleh Pengerusi Hari Mesra PTAR 3 & PTAR 4 2011 iaitu Pn. Adlina Abdullah, Pustakawan Kanan PTAR 3 mengenai perancangan dan cadangan yang akan dijalankan nanti. 

Antara perkara yang diperbincangkan bersama adalah mengenai:

  • Tentatif Program 
  • Cadangan aktiviti 
  • Sponsor & Tajaan
  • Penceramah 
  • Booth-booth 
  • Pelan Tapak 
  • Rekaan design 

Alhamdulillah, mesyuarat berjalan dengan lancar sekali tanpa sebarang masalah. 

Pihak PTAR 3 & PTAR 4 ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pemangku Ketua Pustakawan iaitu En. Noor Hidayat Adnan kerana sanggup turun padang dan memberikan beberapa cadangan dan nasihat kepada semua AJK. Insya-Allah pihak AJK akan terus berusaha menjalankan tanggungjawab dan memberi komitmen yang jitu terhadap program ini. 

Diharap semoga Program Hari Mesra PTAR 3 & PTAR 4 2011 akan berjalan dengan lancar mengikut perancangan yang ditetapkan. Mudah-mudahan...~

Comments

Popular posts from this blog

Taklimat PMK Ketua Pustakawan sesi-2