Posts

Showing posts from August, 2011

Ulangtahun Pengisytiharan UiTM sebagai Universiti (26hb. Ogos, 1999)

Image
Salam Jumaat semua,
Pejam celik pejam celik dah masuk Jumaat terakhir Ramadhan 1432H. Lagi beberapa hari sahaja kita semua akan meraikan ketibaan Syawal.  Diharap dengan saki-baki akhir ramadhan ini, dapatlah kita bersama-sama mengejar sebanyak mungkin amalan sunat yang sememangnya mendapat ganjaran cukup besar di sisi Allah s.w.t. Mudah-mudahan lah yer =)
Untuk makluman semua, hari ini merupakan hari bersejarah UiTM...

Mesti ramai yang dah lupa kan..
Pada tarikh hari ini laa nama ITM telah bertukar kepada UiTM yang mana Mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah memutuskan untuk mengangkat taraf UiTM yang sememangnya berjaya mencipta ramai graduan yang berkualiti. 
Pada pagi tadi, Naib Canselor UiTM kita iaitu Dato. Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar ada menghantar email kepada semua Warga UiTM seluruh Malaysia berkenaan makluman tersebut.
Beliau ada juga melampirkan ucapan beliau seperti berikut :

Diharap UiTM akan terus maju dan berjaya hendaknya.. amin UiTM sentiasa di …

RAYA bersulam MERDEKA

Jom pakat2 TENGOK ucapan MERDEKA RAYA PTAR 3.. 

H@ppy MERDEKA RAYA 2011..!! Maaf Zahir Batin..


hakcipta_ptar3/25042011~

Mesyuarat bersama Bahagian Fasiliti UiTM

Image
Pada 24hb. Ogos, 2011 (Rabu) jam 4.00 petang telah diadakan satu mesyuarat ringkas bertempat di Bahagian Fasiliti yang diwakili oleh setiap fakulti dan bahagian tertentu dari Menara S&T.
Pn. Adlina ada mendapat satu panggilan supaya menghadiri mesyuarat ini bagi membincangkan permasalahan air-cond yang kian meruncing dan telah menjadi satu isu hangat sejak kebelakangan ini. Manakan tidak, semua kakitangan Menara S&T hampir lebih 3 kali berpanasan sehingga timbul isu yang mana pada minggu ini dikatakan tiada air-cond dipasang. 
Disebabkan isu ini, mesyuarat tergempar ini telah diadakan oleh Bahagian Fasiliti bersama semua wakil fakulti dan bahagian untuk sama-sama membincangkan permasalahan ini dan mencari satu inisiatif yang sesuai berhubung perkara ini.

Satu laporan kerosakan sistem paip glycol kompleks kejuruteraan diedarkan kepada semua wakil dan sesi perbincangan dimulakan.
Didapati sebenarnya masalah ini berpunca daripada kerosakan sistem paip melibatkan paip glycol yang boco…

Hari terakhir Pelajar SKP

Image
Semalam 23hb. Ogos, 2011 (Selasa), 2 orang pelajar iaitu Nor Afiq Kamarudin & Nor Aizam Bahauddin telah pun menamatkan tempoh bertugas di bawah Skim Khidmat Pelajar (SKP) selama 2 bulan lebih (14hb. June, 2011 - 23hb. Ogos, 2011) di PTAR 3.
Alhamdulillah, selama tempoh tersebut, 2 orang pelajar ini sentiasa bekerjasama dengan kami dalam usaha membantu dalam pencarian bahan dan maklumat melalui pelbagai sumber. Selain itu, mereka juga terlibat bersama kami seperti Tazkirah Pagi dan Tadarus Al-Quran. Tahniah la kepada 2 orang pelajar ini.
Kami semua berharap agar selepas ini dapatlah membantu kami lagi di masa akan datang lebih-lebih dari segi penglibatan. Apa yang penting penglibatan dengan perpustakaan dapat terus dikekalkan dan dimanfaatkan bersama.
Semoga adik Afiq & adik Aizam akan terus berjaya di dunia dan akhirat. Kami semua sentiasa mendoakan kejayaan kamu berdua. Lepas ni rajin-rajinlah datang ke PTAR 3 yer..

"on the way" nak ke sesi fotografi raya PTAR 3 
~ hurm,…

Sesi Fotografi PTAR 3 Raya 2011

Image
Bersempena SYAWAL yang bakal menjelang tidak lama lagi.. Maka, kami staf PTAR 3 bersama Pelajar SKP yang memang sporting habis.. telah bersepakat membuat 1 sesi FOTOGRAFI di luar lokasi UiTM Shah Alam.. Memandangkan ramai yg berposing di dalam kampus mahupun di pejabat.. So, kami semua bercadang untuk berkunjung ke 2 lokasi berikut.. Masjid Negeri Shah Alam & Tasik Seksyen 2 Shah Alam..
Walaupun hujan membasahi bumi sejak awal pagi tadi.. Namun, kami bersemangat kental untuk beraksi sehabis mungkin..  Alhamdulillah..  Akhirnya dapat juga kami membuat sesi fotografi sendiri.. Gambar yang kami tangkap tak banyak mana pun.. Tapi memadailah untuk dibuat kenangan & tatapan semua..
Sekarang kami dalam usaha untuk membuat ucapan hari raya..  Di sini adela 1 gambar RAYA PTAR 3 untuk tatapan anda..  yang lain kene tengok dalam ucapan raya kami yer.. cer tengok.. 

SELAMAT HARI RAYA.. MAAF ZAHIR BATIN.. pada yang nak balik ke kampung tu, BERHATI-HATI DI JALAN RAYA!
Ingatan Tulus Ikhlas dari PTAR 3 

Majlis Tadarus Al-Quran

Image
Salam Ramadhan semua..
Sempena Bulan Ramadhan Al-Mubarak yang penuh barakah ini, Pusat Pemikiran & Kefahaman Islam (CITU) telah menganjurkan Majlis Tadarus Al-Quran yang bertempat di Dewan Solat Utama, Pusat Islam UiTM pada 23hb. Ogos 2011 (Selasa) jam 8.30 pagi hingga 11.30 pagi. 
Seramai 12 orang staf termasuk staf PTAR 3, PTAR 4 & Pelajar SKP berjaya menghadiri tadarus dengan amat memuaskan dan alahmdulilla kesemuanya mendapat cenderahati daripada pihak CITU iaitu berupa beg sejadah. cantik....... =)

Tentatif Program adalah seperti berikut :


Aturcara:
8.15 pagi     :     Ketibaan dan Pendaftaran Peserta 8.30 pagi     :     Majlis Khatam Al-Quran :     Ucapan Pengarah CITU                       :     Penyampaian Cenderahati & Sijil kepada peserta tadarus                      :     Penyampaian Bantuan Hari Raya                      :     Bacaan Doa 11.00 pagi  :     Majlis bersurai

Mesyuarat Hari Mesra PTAR 3 & 4 (bil.03/2011)

Pada 18hb. Ogos, 2011 (Khamis) telah diadakan Mesyuarat Hari Mesra PTAR 3 & 4 buat kali ketiga bertempat di lokasi biasa Pusat IT, PTAR 3 pada jam 3.00 petang hingga 5.00 petang.
Kali ini mesyuarat dipengerusikan oleh Pn. Masnida Hanim Che Mahmood, Pustakawan PTAR 4 dan kali ini progress setiap Biro dibentangkan dan dibincangkan bersama.
Secara keseluruhan, persiapan bagi Hari Mesra PTAR 3 & PTAR 4 2011 telah siap 60% dan Insya-Allah persiapan pada bulan hadapan tidak terlalu padat kerana kebanyakannya hampir siap. Persiapan hadiah telah siap dibeli dan dibungkus rapi cuma ada sesetengah barangan yang perlu diperbincangkan lagi. Persiapan untuk tujuan promosi juga hampir siap sepenuhnya.

Aktiviti Hari Mesra juga telah dibincangkan dan hanya borang sahaja yang masih dalam proses persiapan dan cetakan. Dari segi peralatan juga telah siap ditempah dan beberapa peralatan akan ditambah bagi mengelakkan kekurangan peralatan semasa program berlangsung. 
Mudah-mudahan Program Hari Mesra…

Taklimat EQUIP, WebOPAC & FCORP

Image
Hasil beberapa perubahan yang telah dilakukan terhadap EQUIP dan WebOPAC, satu taklimat penggunaan EQUIP dan WebOPAC baru akan diadakan oleh pihak Pembekal pada 18hb. Ogos, 2011 (Khamis) jam 10.30 pagi bertempat di Pusat IT, PTAR1 bagi tujuan memberi pendedahan kepada semua Pustakawan Perpustakaan. Selain itu, penerangan mengenai interface terbaru FCORP oleh En. Arshad Bujang dibentangkan.
Semoga dengan adanya taklimat ini dapat memberi pendedahan sekaligus mempersiapkan diri dalam memberi perkhidmatan yang terbaik serta tunjuk ajar kepada para pelanggan semasa pembukaan semester baru pada bulan hadapan nanti. Insya-Allah.

Mesyuarat Hari Mesra PTAR 3 & PTAR 4 2011 bersama MPP

Image
Pada 16hb. Ogos, 2011 (Selasa) bertempat di Pusat IT, PTAR 3 telah diadakan Mesyuarat Ketua Biro bagi Hari Mesra PTAR 3 & PTAR 4 bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) setiap Fakulti.

Program Hari Mesra PTAR 3 & PTAR 4 kali ini bertemakan 'Gemilang Siswa' dan penyertaan MPP buat julung kalinya adalah sesuai dan bertepatan dengan tema pada tahun ini. Motif utama diadakan penyertaan MPP adalah untuk mengeratkan lagi hubungan sesama staf dan pelajar di samping mempromosikan perpustakaan kepada pelajar yang mungkin sedikit sebanyak dapat mendalami perkhidmatan yang ditawarkan di perpustakaan.
Perjumpaan pertama ini dipengerusikan oleh Pn. Masnida Hanim Che Mahmood, Pustakawan PTAR 4 bagi menggantikan Pn. Adlina Abdullah yang sedang bercuti sakit. Sebelum memulakan perbincangan, sesi perkenalan diri dimulakan dengan MPP dan juga Ketua-ketua biro dan AJK kecil. Skop Tugas Jawatankuasa dibentangkan oleh Pengerusi dan tugas MPP dalam membantu Biro-biro tertentu seperti Biro Pub…

Mesyuarat Jawatankuasa Hari Keluarga PTAR / Bil.01 2011

Image
Pada 15 Ogos 2011 jam 9.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat PTAR 1, telah diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Hari Keluarga PTAR bagi membincangkan cadangan untuk mengadakan aktiviti bersama staf PTAR setelah sekian lamanya tidak diadakan. Dimaklumkan tahun akhir aktiviti seumpama ini diadakan pada tahun 2007. Wah dah kira 3 tahun la kita tak adakan aktiviti ini.

Dan pada tahun ini, Pemangku Ketua Pustakawan telah mencadangkan agar diadakan semula aktiviti keluarga bagi tujuan mengeratkan hubungan sesama staf. Alhamdulillah akhirnya dapat juga kita berkumpul beramai-ramai nanti. Mesti meriah  =)

Pada mesyuarat semalam telah dipengerusikan oleh En. Ariffin dan dibantu oleh setiausaha, Pn. Rizana Mohd Radwan bagi membentangkan laporan ringkas cadangan Hari Keluarga PTAR yang akan diadakan nanti. Insya-Allah setelah perbincangan bersama Jawatankuasa, tarikh yang ditetapkan adalah pada 3hb. Disember, 2011 iaitu pada hari Sabtu selama 1 hari di Pantai Morib, Banting Selangor. Cayalah tempat …

Penghantaran tesis FKJM

Image
Pada 10hb. Ogos 2011 (Rabu), pihak Fakulti Kejuruteraan Mekanikal telah membuat penghantaran tesis projek tahun akhir pelajar atau dikenali sebagai FYP bermula pada tahun 1980-an hingga 2005.


Maklumat senarai dan jumlah bilangan tesis disertakan dan dilihat tesis-tesis lama bermula tahun 1080-an hingga 1999 berjumlah sebanyak 395 manakala jumlah selebihnya adalah pada tahun 2000 hingga 2005.


Jumlah koleksi bahan yang baru akan dihantar ke PTAR 1 untuk proses memasukkan data ke dalam sistem dan katalog bahan manakala koleksi lama akan diletakkan di Aras 6, Annexe PTAR 3 untuk rujukan pelajar.

Diharapkan dengan adanya jumlah koleksi ini akan membantu para pelajar kejuruteraan mendapat sumber tesis dalam projek penyelidikan mereka.

Melawat Ketua PTAR 3

Sejurus selesai Mesyuarat Hari Keluarga di PTAR 1, lebih kurang jam 12.00 tengah hari, wakil dari PTAR 3 & PTAR 4 berkesempatan melawat Pn. Adlina Abdullah di rumahnya setelah mengetahui bahawa beliau tercedera di bahagian kaki.

Alhamdulillah beliau dalam keadaan sihat cuma doktor memberikan cuti sakit kepada beliau selama seminggu untuk berehat daripada berjalan terlalu banyak.

Kami staf PTAR 3 mendoakan agar Pn. Adlina Abdullah cepat sembuh dan sihat hendaknya.

Amin...~


persiapan Hari Mesra PTAR 3 & PTAR 4 2011

Image
Pada 8hb. Ogos, 2011 (Isnin) jam 3.00 petang telah diadakan perbincangan kecil di antara Bendahari dan AJK Biro Hadiah untuk membuat perancangan pembelian hadiah sebelum sesi pembelian dijalankan. Antara perkara yang ditekankan adalah pembahagian hadiah mengikut senarai aktiviti yang dicadangkan dan juga kuantiti bagi setiap aktiviti. Harga bagi setiap unit barang dikira dan dibincangkan bersama.
Hari Pertama
Pada awal pagi kira-kira jam 9.30 pagi, sesi pembelian hadiah dijalankan bermula dengan lokasi pertama kami iaitu di MYDIN Subang. Maklumat cadangan hadiah dirujuk dan alhamdulillah kebanyakkan barang dapat dibeli antaranya seperti pelbagai set alat tulis dan teddy bear.
Semasa sesi pembelian brg di kaunter MYDIN sambil2 meng-Xpose kan diri.. 
Selesai pembelian barangan di MYDIN Subang, lokasi seterusnya di kedai kegemaran Ketua Biro Hadiah, iaitu MY ONE SHOP yang terletak di Seksyen 18, Shah Alam. Pelbagai hadiah cenderahati dicadang dan dibeli seperti frame, mug, magnet dan lain-la…

penukaran EZaccess ID dan password

Image
Salam Ramadhan...
Sebagai langkah pencegahan kepada isu berkaitan penggunaaan EZaccess maka dimaklumkan, EZaccess ID dan password telah ditukar ke ID dan password yang baru berkuatkuasa 9hb. OGOS, 2011.

Maklumat  EZaccess ID dan password  yang baru adalah seperti berikut :
Bagi PELAJAR EZaccess ID  :  No Pelajar (10 digit ) Password      :  No Kad Pengenalan yang digunakan semasa mendaftar sebagai Pelajar UiTM
Bagi STAFF Buat masa ini sila gunakan EZaccess ID dan password berikut sehingga kami dapatkan kebenaran penggunaan data terkini dari Sistem STAR.
EZaccess ID  :  XXX Password     :  XXX
* Sila berurusan dengan pihak perpustakaan bagi mendapatkan ID & Password.  
Sebagai langkah keselamatan, mohon kerjasama anda agar tidak mempamerkan EZaccess ID dan Password yang diberi di mana-mana laman web.
Jika ada sebarang masalah berhubung perkara di atas, bolehlah datang ke PTAR 3 atau mana-mana perpustakaan untuk berurusan dengan pihak perpustakaan.
Segala kesulitan amatlah dikesali...
Sekian, Ter…

Mesyuarat Hari Mesra PTAR 3 & PTAR 4 2011 bersama Pemangku Ketua Pustakawan

Pada 5hb. Ogos, 2011 (Jumaat) jam 3.00 petang, telah diadakan Mesyuarat Hari Mesra PTAR 3 & PTAR 4 2011 bersama Pemangku Ketua Pustakawan, En. Noor Hidayat Adnan dihadiri oleh semua Ketua Biro bagi membentangkan perjalanan Hari Mesra PTAR 3 & PTAR 4 yang bakal diadakan pada 27hb. hingga 28hb. September 2011. Penasihat Hari Mesra PTAR iaitu Pn. Roslina juga turut hadir dalam mesyuarat ini. 
Pembentangan utama dilakukan oleh Pengerusi Hari Mesra PTAR 3 & PTAR 4 2011 iaitu Pn. Adlina Abdullah, Pustakawan Kanan PTAR 3 mengenai perancangan dan cadangan yang akan dijalankan nanti. 
Antara perkara yang diperbincangkan bersama adalah mengenai:
Tentatif Program Cadangan aktiviti Sponsor & TajaanPenceramah Booth-booth Pelan Tapak Rekaan design 
Alhamdulillah, mesyuarat berjalan dengan lancar sekali tanpa sebarang masalah. 
Pihak PTAR 3 & PTAR 4 ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pemangku Ketua Pustakawan iaitu En. Noor Hidayat Adnan kerana sanggup turun padang dan membe…

Taklimat PMK Ketua Pustakawan sesi-2

Pada 5hb. Ogos 2011 (Jumaat) telah diadakan Taklimat Pemangku Ketua Pustakawan bersama-sama staf sokongan PTAR. Tujuan diadakan taklimat ini adalah bertujuan untuk mengutarakan isu-isu berkaitan pengurusan PTAR dan juga memberi semangat budaya kerja cemerlang kepada staf.
Terdapat empat (4) skop yang dibincangkan dalam Skop Pengurusan iaitu:

A.Pengurusan UiTM & PTAR
-Penjelasan mengenai jawatan Pemangku Ketua Pustakawan. -Kemungkinan PTAR akan dibuka 24 jam. Percubaan 1 bulan di jalankan pada perpustakaan fakulti untuk mengambil data-data dan sambutan dari pelanggan. -Bekerja dalam satu pasukan hapuskan fitnah, iri hati dan khianat.
B.Fokus Utama PTAR 2011
1)Perancangan Strategik PTAR 2011-2015 -Transformasi dan Inovasi §Transformasi proses dalaman PTAR §Transformasi Perkhidmatan PTAR
2)NAZIRAN (Audit) Perjawatan 2011 -Maksud NAZIRAN: Aktiviti memeriksa dan memantau tahap penggunaan gunatenaga sector awam, pemakaian skim perkhidmatan dan tahap pemantauan terhadap struktur organisasi yang tela…

Program Tadarus Al-Quran

Image
Menjelang Ramadhan Al-Mubarak 1432H/2011, PTAR 3 & beberapa staf PTAR 4 telah bersepakat untuk mengikuti program Tadarus Al-Quran bermula pada 1hb. Ogos 2011 hingga 23hb. Ogos 2011. 
Program ini diadakan pada jam 12.30 tengah hari  bertempat di Bilik Mesyuarat (bagi staf lelaki) manakala di Bilik Pantry (bagi staf wanita).
Pihak CITU memaklumkan bahawa PTAR akan membaca 30 Juzuk sepanjang bulan Ramadhan ini. Untuk PTAR 3 & 4 bermula pada Juzuk 1 hingga 11 manakala PTAR 1 akan membaca Juzuk 12 hingga 25 (bagi staf wanita) dan Juzuk 26 hingga 30 (bagi staf lelaki).  
Alhamdulillah.. Sudah masuk hari ke-4 program ini dijalankan dan kehadiran qari & qariah amatlah menggalakkan. Tahniah diucapkan kepada mereka yang terlibat. 
Semoga Allah Ta'ala akan memberi rahmat kepada hamba-hambanya yang sentiasa berusaha mendekatkan diri pada-Nya. Amin.~
Sabda Rasullullah s.a.w.
"Tidak berkumpul suatu kaum pada mana-mana rumah Allah, mereka membaca dan bertadarus Al-Quran, melainkan dit…

Tazkirah Ramadhan

Image
السلام عليكم

Alhamdulillah.. Kini tiba Bulan Ramadhan yang dinanti-nantikan oleh semua kaum muslimin dan muslimat dalam memperbanyakkan amal ibadah yang akan mendapat pahala berlipat kali ganda. 
Pihak staf PTAR 3 mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah di Bulan Ramadhan Al-Mubarak dan semoga kita semua akan mendapat kerahmatan dan keberkatan oleh Allah s.w.t daripada bulan yang penuh mulia ini. 
Sempena Bulan Ramadhan ini, Pihak PTAR 3 telah memulakan Tazkirah pagi yang telah diadakan setiap hari dengan membaca Fadhilat Ramadhan menggunakan Kitab Fadhilat Amal. 
Insya-Allah dengan majlis ilmu yang diadakan setiap hari walaupun sekejap sahaja iaitu mengambil masa selama 5 ke 10 minit, akan mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t sebelum memulakan pekerjaan dan dalam masa yang sama memudahkan segala urusan harian kami. Amin.

Lawatan Penandaarasan

Image
Pihak PTAR telah pun membuat 2 kali lawatan penandaarasan yang telah diadakan pada Bulan Julai 2011. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk membuat penanda arasan ke perpustakaan luar dalam merealisasikan penzahiran perkhidmatan yang berprestasi tinggi.
Maklumat lawatan di lokasi yang dijalankan adalah seperti berikut :

Perpustakaan Kejuruteraan USM, Nibong Tebal
TARIKH/HARI                           :           12 Julai 2011/Selasa MASA                                           :           9.30 pagi – 1.00 petang LOKASI                                       :           Nibong Tebal, Pulau Pinang JABATAN                                    :           Semua Jabatan di PTAR BILANGAN STAF TERLIBAT   :           19 orang


Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor
TARIKH/HARI                          :           28 Julai 2011/Khamis MASA                                          :           9.10 pagi – 1.00 petang LOKASI                                      :          UTM Skudai, Johor JABATAN     …