staf PTAR 3 mendapat cahaya mata sulung perempuan

Pada 14hb. Julai 2011 bersamaan hari Rabu, isteri kepada En. Mohd Zaini Md. Yusof, Pembantu Am Pejabat  PTAR 3 telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada 13 Julai 2011 (Rabu) secara pembedahan di Hospital Sungai Buloh.

Staf PTAR 3 mewakili Pn. Adlina Abdullah, Cik Nor Hafizah Md. Hanafiah, En. Malek Samirin dan En. Ameeruddin Mat Yusof telah pergi melawat isteri staf  pada jam 12 tengahari dan alhamdulillah isteri dan bayi berada dalam keadaan sihat walafiat.

Bayi tersebut diberi nama Ira Syahira Binti Mohd Zaini.. Tahniah diucapkan kepada En. Mohd Zaini Md. Yusof di atas kedatangan orang baru di dalam keluarga. Ini merupakan bayi sulung pasangan ini.
Semoga Ira menjadi anak yang baik dan solehah. Aminnn..~

Comments

Popular posts from this blog

Taklimat PMK Ketua Pustakawan sesi-2