:: Pengalaman staf mendaki Gunung Ayam ::

Untuk makluman semua, PTAR sememangnya aktif dalam aktiviti sukan dan rekreasi sejak dahulu lagi.. Pada kali ini salah seorang staf PTAR 3 iaitu En. Ameeruddin Mat Yusof telah berkesempatan mengikuti ekpedisi ke Gunung Ayam iaitu di Kelantan.

Jom kita ikuti pengalaman beliau ke sana :)

Diari Ekspedisi ke GUNUNG AYAM, Kelantan

Hari Pertama - 16/07/2011

Kami seramai 22 orang termasuk staf PTAR, AD dan beberapa staf selain dari UiTM bertolak dari Kolej Seroja lebih kurang 8.30 pagi menggunakan bas UiTM. Perjalanan menuju ke Kelantan melalui highway Karak - Bentong- K.Lipis - Merapoh - Gua Musang - Dabong, Kuala Krai  selama 9 jam. Seterusnya kami bergerak ke kaki Gunung Stong dan setererusnya membahagikan segala barang2 makanan, khemah, gas dan sebagainya untuk di bawa ke atas. Setelah melakukan sedikit senaman ringan, kami mula mendaki ke Baha Camp iaitu tapak perkhemahan diketuai oleh guide bernama Odi. Setelah 2 jam mendaki, kami sampai di Baha Camp lebih kurang 8.30 malam. Suasana ketika itu gelap dan kami mula mendirikan khemah dengan bantuan lampu suluh. Walaupun sedikit keletihan kami sungguh bersemangat sekali menydiakan makan malam. Dan setelah solat dan makan malam serta sedikit taklimat dari ketua ekpedisi yang kami panggil Chip, kami semua masuk beradu untuk memberi tenaga tambahan untuk pendakian yang lebih mencabar esok pagi.

Hari Kedua – 17/07/2011

Setelah menunaikan solat Subuh, kami bersiap-siap untuk memulakan pendakian ke puncak Gunung Ayam. Sedikit taklimat dan kata-kata perangsang oleh guide Odi dan Chip, kami memulakan langkah pendakian lebih kurang pukul 7.30 pagi. Sepanjang perjalanan pendakian, banyak rintangan yang kami tempuhi seperti sungai, jurang, tali,rantai besi,dan lain-lain. Pendakian berjalan lancar dan kami berhenti sekejap di check point kerana ada ahli mengalami kekejangan otot dan keletihan. Ada di kalangan ahli terpaksa berhenti  makan dulu untuk memberi tenaga tambahan akibat terlampau keletihan. Setelah diberi sedikit makanan dan minuman panas, ahli tersebut meneruskan pendakian dengan penuh semangat dan tidak sesekali berhenti di tengah jalan. Bak kata pepatah, alang-alang menyeluk pekasam biar sampi ke pangkal lengan, cewahh… Dan dengan penuh keazaman dan semangat kegunungan, akhirnya kami tiba di puncak Gunung Ayam lebih kurang jam 2 petang. Betapa lamanya kami berjalan selama 7 jam campur tolak dengan berhenti rehat sungguh tidak disangka. Trek pendakian amat ekstrem skali memang kebanyakannya adalah mendaki dan kami menggunakan kedua belah kaki dan tangan. Setelah bergambar sedikit di puncak dan hujan rahmat mulai turun, kami mulai membuat penurunan kembali. Sambil hujan yang tidak beberapa lebat, laluan agak sedikit licin dan kami amat berhati-hati. Alhamdulillah dengan penuh kesabaran dan menuruni puncak dengan sedikit kegelapan, kami selamat tiba di camp lebih kurang jam 8 malam lebih. Oh ya walaupun kami amat keletihan tapi berasa amat puas kerana matlamat kami untuk menawan Gunung Ayam tercapai. Ahli ekpedisi tiada mengalami kecederaan yang teruk cuma sedikit calar balar sahaja. Dan setelah membersihkan diri dan makan malam, kami terus bantai tidur hingga ke pagi esoknya.

Hari Ketiga – 18/07/2011

Hari terakhir di puncak air terjun Jelawang tiada aktiviti yang kami lakukan. Acara bebas seperti mandi manda, memasak, membersih pakaian. Kami mula bersiap mengemas barang-barang perkhemahan dan membersihkan kawasan pada pukul 11 pagi. Dan setelah siap semuanya dan tiada apa2 yang tinggal, kami mengucapkan selamat tinggal kepada Baha Camp. Kami bergerak turun pada pukul 12 tengah hari dan sampi ke kaki Gunung Stong 2 jam kemudian. Kami melalui air terjun Jelawang yang cantik sekali pemandangan. Dan apabila bas tiba, kami terus mengisi semua barang-barang dan seterusnya menuju ke restoran berhampiran untuk mengisi perut yang berkeroncong. Setelah kekenyangan, kami bertolak dari pecan tersebut pada pukul 5.30 petang menuju ke Shah Alam. Perjalanan memakan masa selama 8 jam. Bayangkan dalam bas 8 jam memang terasa lebam tapi nasib baik lah ada karaoke, tak terasa sangat. Kami tiba di kolej Seroja pada pukul 1.30 pagi dan kami semua berangkat pulang ke rumah masing-masing.. 

Beberapa gambar beliau semasa berada di sana untuk tatapan semua :)





Nice View ...... ~ ^_^

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Taklimat PMK Ketua Pustakawan sesi-2