Mesyuarat Jabatan Pengurusan Pelanggan

Pada 4hb. Julai, 2011 (Isnin) bermula jam 8.30 pagi hingga 1.30 petang, telah diadakan Mesyuarat Jabatan Pengurusan Pelanggan (JPP) yang melibatkan Pustakawan Fakulti dan diketuai oleh Pn. Roslina Mohamad Ali, Timbalan Ketua Pustakawan, Jabatan Pelanggan PTAR 1.

PTAR 3 diwakili oleh Ketua PTAR 3 iaitu Pn. Adlina Abdullah dan Pustakawan iaitu Cik Nor Hafizah Md. Hanafiah.

Antara isu utama yang dibentangkan semasa Mesyuarat ialah :

  • Perancangan Strategik 2011 dibentangkan oleh Pn. Hani Liza Norfin dari PTAR 2
  • Projek Pengambilan Stok dibentangkan oleh En. Mohd Fahizan Hamid dari Jabatan Pelanggan, PTAR 1
  • Tindakan Pembetulan & Pencegahan dibentangkan oleh Pn. Adlina Abdullah dari PTAR 3

Selain itu, pelbagai pendapat dan isu lain turut diperbincangkan bersama-sama seperti isu pinjaman bahan, promosi dan aktiviti perpustakaan, kursus yang bakal dianjurkan dan sebagainya.


Di akhir mesyuarat, Pengerusi berharap agar cadangan dan makluman yang dibincangkan serta dipersetujui bersama dapat dijalankan dengan baik dan bukan sekadar cakap-cakap kosong sahaja.

Pengerusi juga turut memaklumkan supaya tidak terlibat dengan mana-mana politik memandangkan sejak akhir kebelakangan ini, isu politik di negara kita yang semakin meruncing. Pesanan tersebut juga oleh Naib Canselor UiTM untuk tidak mengikuti mana-mana perhimpunan yang berkaitan dengan politik.

Sekian ^_^

Comments

Popular posts from this blog

Taklimat PMK Ketua Pustakawan sesi-2