Leadership Symposium :)

Pada 5hb. Julai, 2011 iaitu Selasa bermula jam 9.00 pagi telah dijalankan Program Leadership Symposium khas untuk staf akademik & pentadbir profesional (Gred 26-52) bertempat di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC). Staf PTAR 3 yang diwajibkan untuk hadir ialah Pn. Adlina Abdullah (Ketua PTAR 3) & juga Cik Nor Hafizah Md. Hanafiah (Pustakawan).


Tentatif program adalah seperti berikut:

 9.00 am - 10.20 am      - Pendaftaran Pagi/ Minum Pagi
10.20 am                        - Ketibaan Naib Canselor UiTM
10.30 am                        - 12.00 pm : Sesi 1
                                          YBhg Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar (Naib Canselor)
12.00 pm - 12.30 pm - Sesi Soal Jawab
12.30 pm - 2.00 pm   - Makan Tengahari
2.00 pm - 2.30 pm     - Pendaftaran Petang
2.30 pm - 4.30 pm     - Sesi 2 : YBhg. Dr. Hajah Zahrah Mokhtar (Pendaftar)
4.20 pm - 4.45 pm     - Sesi Soal Jawab
4.45 pm - 5.15 pm     - Minum Petang/ Bersurai

Sesi 1 dimulakan oleh Naib Canselor dengan membentangkan tajuk iaitu :
"Kelestarian Bangsa : Peranan UiTM dalam memperkasa pemimpin masa depan."

Pelbagai informasi dan kata-kata nasihat telah diberikan oleh Naib Canselor kita untuk terus berusaha memperjuangkan anak bangsa bumiputera di Malaysia..

Suka di sini saya memetik ayat beliau di mana beliau mengatakan " Bangsa yang maju adalah bangsa yang sayangkan bangsanya sendiri.." Amat mendalam maksud tersebut bukan?

Selain itu, video kisah P.Ramlee (Seniman Bujang Lapok) yang mengetengahkan sikap orang kita sendiri dalam berbudi bahasa dan 7 wasiat Raja-raja Melayu juga turut dipertontonkan untuk kita semua mengingati kembali peristiwa dan tokoh negara silam dalam mempertahankan maruah bangsa, agama dan negara.

Pada waktu petang pula berlangsung sesi ke-2 di mana Dr. Hajah Zahrah mengetengahkan tajuk "Budaya Kerja Perdana" yang perlu kita terapkan dalam jiwa dan diri masing-masing sebagai sebuah Jentera Penggerak UiTM yang berwawasan.

Tajuk yang diperbincangkan juga boleh dirujuk di dalam buku Budaya Perdana UiTM - Amalannya.

Comments

Popular posts from this blog

Taklimat PMK Ketua Pustakawan sesi-2

WAKTU PERKHIDMATAN PTAR SHAH ALAM TERBARU