Posts

Showing posts from July, 2011

staf PTAR 3 mendapat cahaya mata sulung lelaki

Image
Pada 29hb. Julai 2011 (Jumaat), staf PTAR 3 berkesempatan untuk melawat En. Shariman Sopari dan keluarga beliau di Taman Bukit Naga, Seksyen 32 Shah Alam.

Alhamdulillah isteri dan anak beliau berada dalam keadaan sihat sejahtera.


Comelnyer Muhammad Harith Rizky tidur..... ~

Anak sape laa yg umar pegang nih? hurm, ada bakat jadi bapak ni.. hehe 

susah bebenor nak nangkap pic anak buah man nih.. tapi cute! =)
Kami staf PTAR 3 mendoakan semoga En. Mohd. Shariman Mat Sopari dan keluarga sentiasa dalam keadaan sihat dan ceria di samping cahaya mata sulungnya.. 
Mudah-mudahan Rizky menjadi anak yang soleh..  Amin~

aku dan lawn bawls....@SUKUM 2011

Image
Bulan Julai adalah Bulan Out Door bg saya sbb saya 'dianugerahkan' CTR selama hampir 2 minggu bermula 4Julai~18Julai 2011 krn saya melibatkan diri dengan sengaja (heheh) dalam Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti kali ke-36 di Melaka Bandaraya Bersejarah.Ia juga dikenali sbg SUKUM . Untuk kejohanan kali ini UTEM telah dipilih sebagai tuan rumah SUKUM-36 (2011).
MENGAPA CTR SAMPAI 2 MINGGU??? Sebenarnya sukan tu berlangsung selama seminggu.Manakala seminggu yg terawal itu adalah utk latihan pusat di Paroi,N9.Maka kami berlatih bersungguh2 setiap petang hinggalah menjelangnya hari kejohanan. Perasaan masing2 tersangatlah teruja nak beraksi..hehheh...ce tengok tur...... Di sana,kami ditempatkan di Kolej Kampus Bandaraya Tun Mutakhir milik UiTM Melaka.
Lebih 3,000 atlet dan pengurus pasukan daripada 21 kontinjen Sukan Staf Universiti Malaysia (SUKUM) 36 diraikan oleh tuan rumah kejohanan SUKUM Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) . Kejohanan SUKUM yang telah berlangsung bermula …

Projek Pengambilan Stok 2011

Image
Bermula pada 26 Julai 2011 (Selasa) jam 10.00 pagi, staf PTAR 3 bekerjasama memulakan projek pengambilan stok di Aras 6 dan diikuti Aras 5 dan Aras 4.




Projek tersebut dimulakan dengan menyediakan peralatan yang penting seperti berikut:
1 - Laptop 2 - Pengimbas kod 3 - Cop ST 2011  4 - Pelekat warna 5 - Troli. 
Sebelum projek dijalankan, maklumat seperti Carta Alir Proses Pengambilan Stok dilihat dan difahami terlebih dahulu bagi memastikan kelancaran projek berjalan tanpa sebarang masalah.
Maklumat bahan bermasalah akan dikenalpasti menggunakan senarai semak masalah:
Salah lokasiNo. aksesen tidak samaBuku rosakSpine label salahCall no. salahKod jalur salahKod jalur tidak boleh dibaca Control no. salahJudul bahan tidak sama dengan sistemStatus bahan salahItem category salahBuku tiada rekodBuku tiada harga 
Data dan maklumat akan dikumpul untuk tindakan penganalisaan dan dokumentasi. 

Selesai semakan terhadap buku tersebut, akhir sekali proses mengecop dan melekat bahan menggunakan pelekat berwar…

Perlawanan Persahabatan Ping Pong

Image
Pada 26hb Julai 2011, PTAR 2, PTAR 3, PTAR 4 dan PTAR FSPU telah mengadakan satu perlawanan persahabatan Ping Pong melibatkan staf PTAR fakulti. 




Pasukan campuran (PTAR 3, PTAR 4 & PTAR FSPU) telah pun memenangi perlawanan
dengan keputusan iaitu 2-3. 
Sekalung tahniah diucapkan kepada staf PTAR 3+PTAR 4+PTAR FSPU.. Cayalah! =)

Semoga perlawanan seumpama ini akan dapat diteruskan dan secara tidak langsung
dapat mengeratkan hubungan antara staf dan memupuk semangat kesukanan sesama kita.


Oleh itu, Majulah sukan untuk PTAR.. PEACE!


Majlis Wacana Ilmu - Titah Diraja

Image
Pada 25hb. Julai, 2011 (Isnin) bersamaan 23 Sya'ban 1432H jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC), telah diadakan Majlis Wacana Ilmu Titah Diraja dengan tajuknya iaitu "Peranan Institusi Raja Melayu Dalam Memupuk Perpaduan Warga". Titah ini telah disampaikan oleh Duli Yang Teramat Mulia, Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Dr. Nadzrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah.
Antara isu yang diutarakan dalam tajuk ini adalah lebih kepada isu bagaimana penubuhuan Sistem Beraja itu sendiri yang diamalkan di Malaysia yang diperintah oleh 9 Raja-Raja Melayu di 9 Negeri Berdaulat. Sistem ini sentiasa mengamalkan adat musyawarah dalam mengekalkan tahap kestabilan & perpaduan negara dengan melantik secara bergilir-gilir selama 5 tahun dan amalan ini tidak terdapat di mana-mana negara kecuali Malaysia. Sepatutnya kita berbangga berada di tanah air tercinta kita, MALAYSIA...
Konsep warga yang dimaksudkan adalah rakyat yang berpaksikan raja yang memang lain …

Program Sihat & Cergas

Image
Pada 22hb. Julai, 2011 (Jumaat) telah diadakan Program Sihat & Cergas yang bertempat di Perpustakaan Tun Abdul Razak 1 bermula jam 8.15 pagi hingga 11.30 pagi.. Program ini adalah anjuran Bahagian Pengurusan Kualiti & Jawatankuasa 5S PTAR UiTM Shah Alam..

Program ini bertujuan untuk mengekalkan kesihatan di samping menitikberatkan kesihatan diri agar sentiasa sentiasa tampak sihat dan cergas.. Aktiviti ini dibuka kepada semua staf PTAR dan sambutannya amat menggalakkan di mana pendaftaran untuk ceramah dibuka sehingga 60 peserta..

Antara staf PTAR 3 yang turut serta dalam program ini ialah Pn. Adlina Abdullah, En. Katmidi Mejo & Cik Fadzilah Mohd Ali..


 Semoga program seumpama ini akan dapat diteruskan lagi di PTAR pada masa akan datang.. =)

Majlis Bacaan Yasin

Image
Sempena menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarrak tidak lama lagi, PTAR 3 telah mengadakan Majlis Bacaan Yasin pada 22hb. Julai 2011 (Jumaat) bertempat di Ruang Santai PTAR 3.


Selain daripada staf PTAR 3 yang terlibat, 2 orang pelajar SKP juga turut serta bersama-sama membaca yasin beramai-ramai.

Majlis bermula pada jam seawal 7.50 pagi memandangkan Program Sihat & Cergas juga akan diadakan pada jam 8.15 pagi.



Selain itu, Majlis ini juga bertujuan untuk mendoakan kesihatan isteri kepada En. Katmidi Mejo dan juga ibu kepada staf PTAR 3 iaitu Cik Fadzilah Mohd Ali. Staf PTAR 3 mendoakan agar isteri En. Katmidi dan ibu Cik Fadzilah akan sembuh seperti sediakala. Aminnn..~

Selesai Majlis Bacaan Yasin, sedikit jamuan pagi yang di sponsor oleh En. Katmidi Mejo. Terima Kasih Daun Keladi =)