Mesyuarat Hari Mesra PTAR 3 & 4 (bil.02/2011)

Pada 24 Jun 2011 (Jumaat) jam 10.00 pagi, Mesyuarat Hari Mesra PTAR 3 & 4 untuk kali kedua telah diadakan di Pusat IT, PTAR 3 selepas perbincangan bersama Pustakawan PTAR 3 & 4 semalam.

Staf yang hadir adalah daripada PTAR 3 & PTAR 4 sendiri yang akan menjadi AJK dan penggerak utama perjalanan Hari Mesra PTAR 3 & PTAR 4 yang bakal diadakan pada 27 & 28 September 2011.

Untuk makluman semua, Hari Mesra kali ini bertemakan 'Gemilang Siswa' di mana pihak perpustakaan akan bekerjasama dengan pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM bertujuan memberi pendedahan perkhidmatan dengan lebih dekat di samping memperatkan jalinan hubungan antara staf dan pelajar.

Antara cadangan-cadangan yang dibincangkan adalah seperti berikut :-

AKTIVITI 
  1. Ceramah Motivasi atau berkenaan Bidang Fakulti berkaitan
  2. Pertandingan antara staf dan pelajar 
  3. Aerobik 
  4. Permainan Tradisional

PENCERAMAH
  1. Dr. Lutfi (Pyracosmic)
  2. Prof. Izzi (UiTM Dungun)
  3. Paksu (HEP)
  4. Prof. Kamil (Johor)
  5. Pembekal PDDT - Bernama & Serial Solutions

BOOTH
  1. Jabatan PTAR
  2. Pembekal Buku
  3. Ujang
  4. Karangkraf
  5. Khat 

Selain daripada itu, perkara-perkara lain yang turut diperbincangkan adalah seperti :

  • Hadiah / Cenderahati / Goodies Bag
  • Diskaun Barangan
  • Tajaan Makanan & Minuman
  • Potluck Makanan & Minuman
  • Perhiasan Booth / Khemah
  • Majlis Hari Raya PTAR 3 & 4
  • Pakaian Hari Mesra PTAR 3 & PTAR 4 
  • Hari Jadi Staf PTAR 3 & 4
  • Penukaran AJK 
  • Hal-hal lain

Tugasan setiap Biro AJK dibahagikan dan diberikan untuk dibuat persiapan terlebih dahulu seperti penempahan khemah, ICT, hadiah, tajaan dan sebagainya. 

Mesyuarat kali ketiga akan diadakan dalam bulan Julai nanti bagi membincangkan semula persiapan yang telah ditugaskan kepada setiap AJK.

Semoga perancangan dan perjalanan Hari Mesra PTAR 3 & 4 akan berjaya seperti pada tahun yang lepas.



Mudah-mudahan. 
Aminnn..^_^

Comments

Popular posts from this blog

Taklimat PMK Ketua Pustakawan sesi-2

WAKTU PERKHIDMATAN PTAR SHAH ALAM TERBARU