Gotong-Royong 5S PTAR 3 bil.02/2011

Pada 15 Jun 2011 (Rabu) pada jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang, telah diadakan sesi kali kedua Gotong-Royong di PTAR 3 bagi tujuan pengemaskinian notis papan kenyataan, kedudukan buku KAT, pencarian gambar aktiviti untuk galeri PTAR 3 dan pengubahsuaian kedudukan carrel dan ruang bacaan di aras 5 dan 6.

Pada sesi pagi, pengemaskinian notis papan kenyataan, kedudukan buku KAT dan pencarian gambar aktiviti-aktiviti yang pernah dijalankan oleh staf-staf PTAR 3 dan di PTAR 3 sendiri sebelum ini dikumpul untuk diletakkan di notis Galeri PTAR 3 bagi menggantikan notis lama 5S yang telah ditukar kedudukan di ruang kaunter.


Pengumpulan dan merekacipta galeri ini dilakukan sendiri oleh pengerusi 5S PTAR 3 iaitu Mohd. Shariman Mat Sopari yang sememangnya sangat kreatif. Syabas diucapkan kepada Encik Shariman kerana berjaya mendapatkan idea pengwujudan galeri PTAR 3.


Dalam masa yang sama juga, pengemaskinian notis di meja rujukan di tukar kepada yang baru bersesuaian dengan kedudukan meja rujukan di hadapan. Notis berkaitan Pangkalan Data Dalam Talian (PDDT) dan pencarian maklumat dipaparkan di papan kenyataan tersebut untuk membantu pengguna mencari maklumat di perpustakaan dan atas talian.


Pada sesi petang pula, sesi mengubah kedudukan carrel dan meja pada ruang bacaan dilakukan secara beramai-ramai terutamanya melibatkan staf lelaki bagi tujuan mengangkat meja yang berat. Alhamdulillah hasil kerjasama yang padu, kedudukan telah berjaya diubah di aras 5 dan 6 dalam masa 1 jam 30 minit.

Didapati setelah selesai pengubahsuaian kedudukan, ruang didapati tampak luas dan kemas di setiap aras. Kedudukan carrel diubahsuai dengan corak tiga segi di mana kedudukan tiga carrel digabungkan bertentangan dan ada yang kurang daripada tiga dicantum kepada dua sahaja.


Secara keseluruhannya, Projek Gotong-Royong telah dijalankan dengan jayanya dan diharap kerjasama sebegini akan berterusan di masa akan datang.

Terima kasih tidak terhingga kepada semua staf PTAR 3 yang telah bertungkus lumus bagi menjayakan projek ini. Semoga mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T. Aminn..~ ^_^


YaHhoOo... SELESAI sudaaahh.. Tahun dep@n plak!! hihi...

Comments

Popular posts from this blog

Taklimat PMK Ketua Pustakawan sesi-2

WAKTU PERKHIDMATAN PTAR SHAH ALAM TERBARU