Posts

Showing posts from June, 2011

Pengeluaran & pemilihan jurnal untuk dijilid

Image
Pada minggu lepas, pengeluaran jurnal telah dilakukan di Aras 5, PTAR 3. Pengeluaran jurnal ini adalah bermula pada tahun 2010 dan ke bawah. 
Bermula pada minggu ini pula, sesi pemilihan jurnal untuk dijilid telah pun dijalankan bagi tujuan penghantaran jurnal untuk dijilid ke Bahagian Jilid, PTAR 1.

Staf yang bertanggunggjawab dalam urusan jurnal berjilid ialah En. Ameeruddin Mat Yusof dan dibantu oleh Cik Fadzilah Mohd. Ali yang bertanggungjawab dalam urusan penerimaan jurnal terbaru. 
Selesai pemilihan jurnal untuk dijilid, jurnal tersebut dikumpul dan diikat mengikut volume dan isu bagi memudahkan sesi penjilidan dibuat dan dilakukan di PTAR 1.




Mesyuarat Hari Mesra PTAR 3 & 4 (bil.02/2011)

Image
Pada 24 Jun 2011 (Jumaat) jam 10.00 pagi, Mesyuarat Hari Mesra PTAR 3 & 4 untuk kali kedua telah diadakan di Pusat IT, PTAR 3 selepas perbincangan bersama Pustakawan PTAR 3 & 4 semalam.

Staf yang hadir adalah daripada PTAR 3 & PTAR 4 sendiri yang akan menjadi AJK dan penggerak utama perjalanan Hari Mesra PTAR 3 & PTAR 4 yang bakal diadakan pada 27 & 28 September 2011.

Untuk makluman semua, Hari Mesra kali ini bertemakan 'Gemilang Siswa' di mana pihak perpustakaan akan bekerjasama dengan pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM bertujuan memberi pendedahan perkhidmatan dengan lebih dekat di samping memperatkan jalinan hubungan antara staf dan pelajar.

Antara cadangan-cadangan yang dibincangkan adalah seperti berikut :-

AKTIVITI 
Ceramah Motivasi atau berkenaan Bidang Fakulti berkaitanPertandingan antara staf dan pelajar Aerobik Permainan Tradisional
PENCERAMAH Dr. Lutfi (Pyracosmic)Prof. Izzi (UiTM Dungun)Paksu (HEP)Prof. Kamil (Johor)Pembekal PDDT - Bernama &…

staf PTAR 3 mengalami kemalangan

Image
As salam semua...
Untuk makluman, seorang staf PTAR 3 iaitu Encik Zainal Mohd Yusop telah terlibat dalam satu kemalangan pada Jumaat minggu lepas yang melibatkan motorsikal, bas dan lori di selekoh 'bus stop' Seksyen 7 ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.
Beliau mengalami kecederaan di bahagian tangan dan kaki.
Oleh itu, marilah sama-sama kita mendoakan agar beliau cepat sembuh seperti sediakala.
Untuk makluman buat masa ini beliau telah diberi cuti rehat dan kini berada di rumah.

Sekian, Harap Maklum

Lawatan ke Petronas Petroleum Resource Centre (PRC)

Image
Pada hari ini, majoriti staf PTAR 3 diberi peluang untuk melawat Pusat Sumber Petroleum Petronas bertempat di KLCC Kuala Lumpur pada jam 10.00 pagi. Sebelum tiba di sana, kami berkumpul bersama semua staf Bahagian Pengurusan Pelanggan untuk sama-sama menaiki bas menuju ke KLCC.
Jam 8.30 pagi, bas tiba dan bermulalah perjalanan kami ke sana dan hampir memakan masa selama sejam perjalanan dari Shah Alam ke KLCC. Tiba di sana pada jam 9.30 pagi, kami beristirehat dan makan pagi sebelum bergerak menuju ke PRC.
Tepat jam 10.00 pagi, pihak kami telah bergerak ke PRC dan telah disambut oleh staf PRC di tingkat bawah. Sedikit taklimat ringkas diberi oleh pegawai PRC sebelum sesi lawatan bermula. Seperti biasa, pas pelawat diberi kepada setiap seorang untuk menuju ke tingkat atas dan kawalan keselamatan dijalankan.
Selesai sudah, kami dibawa oleh pegawai PRC ke bahagian 'skybridge' untuk sesi lawatan pertama dan kami diberi peluang menikmati keindahan dari atas dan pemandangan indah dan …

Gotong-Royong 5S PTAR 3 bil.02/2011

Image
Pada 15 Jun 2011 (Rabu) pada jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang, telah diadakan sesi kali kedua Gotong-Royong di PTAR 3 bagi tujuan pengemaskinian notis papan kenyataan, kedudukan buku KAT, pencarian gambar aktiviti untuk galeri PTAR 3 dan pengubahsuaian kedudukan carrel dan ruang bacaan di aras 5 dan 6.
Pada sesi pagi, pengemaskinian notis papan kenyataan, kedudukan buku KAT dan pencarian gambar aktiviti-aktiviti yang pernah dijalankan oleh staf-staf PTAR 3 dan di PTAR 3 sendiri sebelum ini dikumpul untuk diletakkan di notis Galeri PTAR 3 bagi menggantikan notis lama 5S yang telah ditukar kedudukan di ruang kaunter.


Pengumpulan dan merekacipta galeri ini dilakukan sendiri oleh pengerusi 5S PTAR 3 iaitu Mohd. Shariman Mat Sopari yang sememangnya sangat kreatif. Syabas diucapkan kepada Encik Shariman kerana berjaya mendapatkan idea pengwujudan galeri PTAR 3.


Dalam masa yang sama juga, pengemaskinian notis di meja rujukan di tukar kepada yang baru bersesuaian dengan kedudukan meja rujukan d…

pelajar SKP melapor diri..

Image
Pada hari Selasa 14hb. Jun, 2011 iaitu jam 8.15 pagi, pelajar daripada Kejuruteraan Awam seramai 2 orang iaitu Nor Afiq dan Aizam telah melapor diri di PTAR 3 untuk memulakan tugasan yang yang akan diberikan.
Antara tugasan yang akan diberi kepada mereka adalah lebih menjurus kepada pencarian maklumat mengenai Bidang Kejuruteraan amnya seperti maklumat-maklumat bahan yang pernah dibuat dan diterbitkan oleh penyelidik atau kakitangan akademik.


Diharap dengan adanya bantuan daripada pelajar Kejuruteraan sendiri dapat membantu pihak perpustakaan khususnya dalam menyediakan perkhidmatan maklumat yang bermanfaat kepada kakitangan akademik dan pengguna perpustakaan amnya.
Apa-apa pun, pihak PTAR 3 sangat mengalu-alukan kedatangan pelajar Kejuruteraan untuk menjadi SKP di PTAR Kejuruteraan sendiri dalam memupuk perasaan cintakan perpustakaan dan menganggap perpustakaan sebagai gedung ilmu sepanjang zaman.
PTAR 3 sentiasa di hati semua pelajar Kejuruteraan ^_^

Gotong-Royong 5S PTAR 3 bil.01/2011

Image
Setelah perancangan dalam Minit Mesyuarat Bil.01/2011 dibuat, maka projek Gotong-royong buat pertama kali pada tahun ini telah berjaya dijalankan pada 8 Jun 2011 (Rabu) jam 9.00 pagi.

Perbincangan ringkas mengenai persediaan gotong royong melibatkan 3 kumpulan kecil dibuat iaitu seperti di bawah :

1. Kumpulan 1 (Pn. Adlina, Cik Fyza & Cik Azie)
- Membuat pembersihan kawasan

2. Kumpulan 2 (Cik Nadiah, En. Ameeruddin & En. Zaini)
- Membuat penukaran tempat di kawasan kaunter

3. Kumpulan 3 (En. Shariman, En. Umar, En. Kat & En. Zainal)
- Learning Commons

Semua kumpulan menjalankan kerja serentak mengikut tugasan yang diberikan.

Untuk makluman, pada pagi tersebut lebih kurang jam 10.00 pagi, Pemangku KP iaitu En. Hidayat diringi oleh En. Ariffin datang melawat PTAR 3.
Lawatan ini bertujuan untuk meninjau sendiri masalah yang berlaku di PTAR 3 dan melawat persekitaran aras PTAR 3. Pelbagai cadangan dan penambahbaikan akan dilakukan di masa akan datang. Insya-Allah.


Pada j…

staf PTAR 3 mendapat cahaya mata

Image
Pada pagi 6 Jun 2011, salah seorang staf PTAR 3 iaitu Pn. Juliana Hamdan telah selamat melahirkan cahaya mata lelaki yang kedua seberat 2.4 kg di Hospital Serdang. Alhamdulillah, beliau dan anaknya berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Pada petang 7 Jun 2011, staf PTAR 3 dan Pn. Masnida Hanim (Pustakawan PTAR 4) telah berkesempatan melawat Pn. Juliana di rumahnya di Seksyen 19.
Gembira rasanya hati dapat melihat seorang bayi lelaki yang baru sahaja berumur 2 hari dalam keadaan sihat berada dalam ribaan ibunya.

Mudah-mudahan IQRAM DANISH akan menjadi seorang anak yang berjaya di dunia dan akhirat. Aminnn...~

PTAR 3 banjir?

Image
Pada pagi Isnin 6 Jun 2011, staf PTAR 3 mendapati terdapat masalah paip bocor yang menyebabkan berlakunya kebanjiran di Aras 3 Pentadbiran.

Banjir yang dimaksudkan adalah kelimpahan air dari pantri PTAR 3 hingga menyebabkan berlakunya masalah elektrik tidak dapat berfungsi buat sementara waktu.

Pihak kami telah membuat laporan di Bahagian Fasiliti dan mereka telah datang membuat pemeriksaan di pantri dan akan membuat penambahbaikan nanti.





Pihak kami juga meminta jasa baik staf 'cleaner' untuk mengeringkan karpet di aras 3 terutamanya di dalam pantri agar masalah bau tidak berlaku.

Selang beberapa jam, alhamdulillah masalah dapat diselesaikan. PC semua staf dapat dibuka dan urusan kerja dimulakan seperti biasa.

Latihan Pelajar Praktikal

Image
Selamat Hari Jumaat semua :)

Pada pagi ini,  PTAR 3 telah mendapat kunjungan daripada pelajar latihan praktikal UiTM seramai 6 orang pelajar iaitu :

1. Nurul Izzati Mohd Noor
2. Muhammad Syafiq Mohd Bakri
3. Nur Nazurah Shaharuddin
4. Siti Nasirah Abdul Malek
5. Nur Faseha Mohd Kadim
6. Anis Aziyah Azhar

Sebelum memulakan taklimat perpustakaan, kami berkesempatan mengajak pelajar-pelajar ini bersama kami membuat tazkirah pagi di pagi jumaat yang penuh keberkatan ini dan menyambut 1 Rejab 1432H.

Sesi tazkirah pada pagi ini bertajuk "Kelebihan Bulan Rejab" yang disampaikan oleh En. Malek Samirin dan diakhiri oleh bacaan doa sebelum memulakan tugas oleh En. Katmidi Mejo.

Setelah selesai, Pn. Adlina memberikan taklimat ringkas mengenai PTAR 3 dan projek yang perlu dilakukan dalam masa satu hari ini. Antara perkara penting yang perlu dilakukan oleh pelajar praktikal ialah membuat alternatif promosi PTAR 3.



Setelah taklimat dijalankan, kami mengajak pelajar untuk makan pagi bers…

Tazkirah pagi PTAR 3

Image
Salam sejahtera kepada semua. Bermula pada minggu ini, warga kerja PTAR 3 telah memulakan program Tazkirah pagi pada setiap hari iaitu pada pukul  8.00 pagi - 8.30 pagi. masa tazkirah tidak lah terlalu lama cuma mengambil masa dalam 5 hingga 10 minit sahaja.

Pembaca Tazkirah pula terdiri daripada staf-staf PTAR3 yang bergilir-gilir setiap hari menyampaikan tazkirah melalui teks daripada buku atau cetakan daripada internet. Selepas selesai tazkirah, kami akan memulakan tugas dengan bacaan doa memulakan tugas yang di baca oleh penyampai tazkirah.
Tujuan tazkirah pagi diadakan setiap hari adalah untuk memberi peringatan, nasihat dan ilmu yang berguna kepada semua yang mendengarnya. Perkara paling penting tazkirah diadakan adalah bacaan doa sebelum memulakan tugas bagi mendapat keberkatan dalam sesuatu pekerjaan.

Di sini kami ingin berkongsi doa yang kami baca setiap hari, moga-moga doa ini dapat di amalkan bersama.


Ya Allah aku memohon pada Mu kebaikan pekerjaan ini dan segala kebaikan yang…